matlamat tahun baru 2021 saya

    Hari ini adalah hari pertama tahun 2021 iaitu 1 Januari 2021. Pada tahun lalu saya telah mendapat banyak kejayaan dan juga kegagalan. Pada tahun 2021, saya telah menetap tiga matlamat yang perlu saya capai.

    Matlamat pertama saya ialah menjadi seorang pelajar yang cemerlang serta mendapat keputusan yang cemerlang. Oleh itu, saya perlu menetapkan jadual waktu yang sesuai serta mengikut jadual waktu yang ditetapkan. Saya juga perlu memberi tumpuan semasa belajar di dalam talian dan menyiapkan semua tugasan, assignment, turtorial dan kerja saya.

    Matlamat kedua saya ialah dapat menyertai acara Maraton. Saya amat berminat dengan menyertai sukan Maraton kerana sukan ini adalah satu cabran yang besar untuk saya. Jarak Maraton adalah 42 kilometer. Oleh itu, saya telah menetapkan satu pelan latihan larian yang sesuai untuk saya dan saya akan menjalani latihan larian sekurang-kurangnya 3 hari dalam satu minggu.

    Matlamat ketiga saya  ialah mengawal kewangan saya. Oleh kerana saya masih seorang pelajar, sumber kewangan saya adalah daripada ibu bapa dan juga PTPTN. Oleh itu, Saya perlu belajar membuat bajet bulanan saya dan mencatatkan segala perbelanjaan yang dibuat. Saya juga perlu mengelakkan membuat perbelanjaan yang tidak perlu.

                                 


评论

热门博文