persediaan kuih raya - perayaan Tahun baru cina

     Hiiiii Semua.....Welcome to my blog.

    Hari ini saya akan berkongsi tentang persediaan kuih raya untuk menyambut tahun baru cina. Tarikh Tahun baru cina tahun ini terletak pada 12 Februari iaitu hari jumaat. Memandangkan ketibaab tahun baru cina tidak lama lagi. Oleh itu, saya dan keluarga saya telah bekerjasama untuk menyediakan kuih raya.

    Saya telah menolong ibu saya menyediakan kuih kapit. Kuih kapit adalah kuih traditional cina yang dibuat dengan tepung gandum, tepung beras, telur dan perbagai material. Penyediaan kuih kapit ini menggunakan masa yang agar lama sebab ruang untuk membakar kuih kapit adalah kecil dan kami perlu sentiasa memberi perhatian terhadap kekuatan api sebab membakar kuih kapit ini dengan menggunakan arang api.


Proses membuat kuih kapit

    Selain itu, keluarga saya juga menyediakan Kuih Loyang. Kuih Loyang dibuat dengan menggunakan tepung gandum, tepung beras, telur, santan dan gula dengan menggunakan acuan kuih loyang. Selepas tu goreng sehingga menjadi kuning dan garing.

    Kami bukan hanya menyediakan kuih raya tradisional cina, kami juga menyediakan kuih tradisional india iaitu muruku. Muruku merupakan kuih kegembaran saya dan juga ahli keluarga saya. Oleh itu, kami telah menbuat kuih ini dengan banyak. 



评论

热门博文