peralatan untuk latihan larian

    Hiiiii Semua.....Welcome to my blog.

    Hari ini saya akan berkongsi tentang peralatan-peralatan yang saya guna semasa latihan larian. Semasa menjalani latihan larian saya, saya akan membawa sport pouch. Sport pouch merupakan bag yang kecil dan nipis serta ringan yang dapat memuatkan telefon pintar kami. Terdapat 3 jenis sport pouch iaitu sport pouch yang ikat di lengan, di pergelangan tangan, dan juga di pinggan. Saya guna sport pouch yang mengikat di pinggan kerana jika ikat telefon kami di sebelah tangan kami akan menjejasakan kestabilan kami.

    Seterusnya, Saya juga akan menggunakan apps telefon untuk mencatat masa dan jarak latihan larian saya. Antara apps yang saya gunakan adalah Strawa. Saya lebih suka menggunaka Apps Strawa ini kerana ia dapat mencatatkan masa dan jarak dengan tepat. Selain itu, saya juga tidak perlu membuat semakan semasa membuat latihan larian sebab ia akan terus membuat catatan walaupun saya tersalah tutup apps tersebut.

    Selain itu, saya juga membeli satu set dumbell dengan beratnya 20kg. Saya membeli dumbell tersebut dari Shopee dengan harganya RM70. Saya terpaksa membeli dumbell tersebut kerana saya tidak dapat pergi ke GYM Room membuat latihan kekuatan sebab wabak covid-19. Saya menggunakan dumbell tersebut membuat squat, lunge, dan lain-lain. 



评论

热门博文