5 kejayaan saya dalam kehidupan saya

  Hiiiii Semua.....Welcome to my blog.

         Hari ini saya akan berkongsi tentang 5 kejayaan saya dalam kehidupan saya.

   Kejayaan yang pertama dalam kehidupan saya adalah berjaya kemasukan ke university UKM dalam program sarjana muda pentadbiran perniagaan dengan kepujian. UKM iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia merupakan sebuah universiti awam yang terletak di Bandar Baru Bangi, Hulu Langat, Selangor. Selain itu, UKM telah menunjukkan prestasi yang baik dalam kedudukan keseluruhan apabila tersenarai dalam ranking 101-200 di seluruh dunia.

    Kejayaan yang ke-2 dalam kehidupan saya adalah berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam STPM saya. Saya telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam subjek ekonomi, geografi, seni visual, dan pengajian am. Dengan itu, Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa saya, guru-guru tingkatan 6 dan kawan-kawan saya yang selalu memberi bantuan, sokongan dan nasihat kepada saya sepanjang pengajaran tingkatan 6.

   Kejayaan yang ke-3 dalam kehidupan saya adalah berjaya mendapat menjalinkan hubungan kekeluargaan yang baik dengan semua ahli keluarga saya. Saya telah bermain peranan saya dengan baik iaitu sebagai seorang anak yang bersopan santun dan juga sebagai seorang adik yang sentiasa bekerjasama dengan abang dan kakak saya.

   Kejayaan yang ke-4 dalam kehidupan saya adalah berjaya mendapat menjalinkan hubungan yang baik dengan semua kawan dan rakan saya. Saya sentiasa memberi pertolongan kepada mereka dari segi fizikal dan mental. Saya juga sering memumpuk perhubungan sosial  yang baik dengan mereka.

      Kejayaan yang ke-5 dalam kehidupan saya adalah berjaya menjadi seorang yang sentiasa membeli pertolongan kepada semua orang lain termasuk orang yang saya tidak berkenal.



评论

热门博文