winter solstice (perayaan Dong zhi) - chinese traditional festival

       Hiiiii Semua.....Welcome to my blog.

      Hari ini saya akan berkongsi tentang festival tradisional cina iaitu winter solstic (Perayaan Dong Zhi 冬至). Perayaan Tong Zhi pada hari ini adalah pada 21 Disember.

    Perayaan DongZhi adalah satu festival yang penting seperti dengan perayaan Tahun Baru Cina. Jadi, pada hari perayaan DongZhi, kami akan menyembah nenek moyang untuk menunjukkan penghormatan dan pengenangan kepada mereka. Selain itu,semua ahli keluarga harus balik ke kampung untuk menyambut perayaan ini bersama-sama.

Pada hari perayaan Dong Zhi, kami akan membuat Tang Yuan dan makan Tang Yuan. Tang Yuan merupakan sejenis pencuci mulut yang berbentuk bulat dan diperbuat daripada tepung pulut. Bentuk “Bulat” diibaratkan sebagai keluarga yang harmoni dan aman damai. Kononnya, sesiapa yang makan Tang Yuan umurnya akan tambah satu tahun. Tang Yuan juga digunakan untuk menyembah nenek moyang atau menghadiahi kawan dan saudara-mara.

Terdapat banyak jenis Tang Yuan, kebanyakan keluarga cina akan membuat Tang Yuan biasa, iaitu membuat Tang Yuan dengan pelbagai warna dan tiada inti dalam Tang Yuan, dan sup yang adalah manis yang dimasak sesama daun pandan. Selain itu, terdapat juga Tang Yuan yang mempunyai inti kacang tanah, kacang merah, bijan hitam dan sebagainya.
Tang Yuan Biasa

Tang Yuan Bijan Hitam



评论

热门博文