Plan Latihan Larian Bulan Disember untuk 10 Km

    Hiiiii Semua.....Welcome to my blog.

    Hari ini saya akan berkongsi tentang Jadual dan rancangan latihan larian saya pada bulan ini untuk jarak 10 km. Pada bulan lepas saya telah berjaya mengikut rancangan latihan saya untuk 5km pada bulan oktober dan 7 km pada bulan November. Oleh itu, Saya telah merancang satu jadual latihan yang baru untuk berjaya mencapai 10km.

    Jadual bulan ini lebih kurang sama dengan jadual bulan yang lepas. Saya hanya membuat sedikit perubahan untuk jadual ini iaitu hari untuk Streght training dan hari rehat. Di jadual bulan lepas, Hari Streght training adalah pada hari jumaat dan hari rehat adalah pada hari khamis. Manakala di jadual baru ini,hari Streght training adalah pada hari khamis dan hari rehat adalah pada hari jumaat. Seterusnya saya juga tambah jarak 1 km pada setiap minggu hari sabtu.

    Akhirnya, pada hari ini, saya telah berjaya berlari sebanyak 10km dengan masa 1 jam 10 minit. Sementara ini, saya tidak akan membuat perancangan latihan larian sebab akan menghadapi final exam pada bulan januari dan februari. Oleh itu, saya akan membuat perancangan larian saya selepas final exam. Walau bagaimanapun,  saya masih akan membuat latihan larian sekurang-kurangnya 2 kali seminggu untuk mengekalkan stamina dan kekuatan otot saya.



评论

热门博文