pengalaman menggunakan acrylic- peralatan part 2

      Hiiiii Semua.....Welcome to my blog.

      Hari ini saya akan berkongsi tentang peralatan menggunakan acrylic yang meneruskan blog minggu lepas. Selain daripada warna Cat acrylic dan berus cat. Saya juga menyediakan painting pallette yang besar seperti yang bawah. Painting pallette yang besar dapat membantu menyediakan dan mencampurkan warna-warna yang saya perlu. Painting pallette tidak perlu membersihkan setiap kali kami guna. 

    Selain itu, saya juga menyediakan knife painting dengan jenis saiz dan bentuk yang berbeza. Penggunaan knife painting akan membantu menghasilkan jalinan, garisan, rupa, bentuk, dan kesan yang timbul dan jelas dalam karya saya. Berikut merupakan knife painting yang saya guna semasa menghasilkan karya kerja kursus seni visual.

  
    Akhirnya, saya juga perlu menyediakan canvas yang bersaiz 90 cm × 60cm untuk menghasilkan karya seni visual saya. Sebelum memulakan mencat karya saya. Saya telah mencat dua lapisan cat putih sebagai primer.
        Sekian Terima Kasih.



评论

热门博文