karya saya - dato maharaja lela (projek seni visual tingkatan 6)

      Hiiiii Semua.....Welcome to my blog.

      Hari ini saya akan berkongsi tentang Karya seni visual tingkatan 6 saya iaitu karya Dato Maharaja Lela. Dato Maharaja Lela merupakan salah satu tokoh perjuangan kemerdekaan yang saya mengagumi.


        Dato' Maharaja Lela ialah pembesar kelapan Perak yang merupakan pejuang bangsa yang bertanggungjawab kepada sumpah dan janjinya. Dia dianugerahkan gelaran "Dato' Maharaja Lela Tan Lela", dengan kuasa boleh memancung tanpa bertanya. Dato Maharajalela bersama-sama dato Bahaman sama dengan pemimpin-pemimpin yang lain seperti Orang Kaya-kaya Seri Agar Diraja iaitu Dato' Sagor dan Ngah Kandin, beliau merancang dan membuat pakatan untuk membunuh James Wheller Woodfird Birch (J.W.W. Birch). Keputusan itu diluluskan oleh mesyuarat Durian Sebatang yang dipengerusikan oleh Sultan Abdullah dan dihadiri oleh pembesar-pembesarnya pada 21 Julai 1875. Namun, beliau didapati bersalah terhadap pembunuhan J.W.W. Birch pada 2 November 1875 di Pasir Salak oleh mahkamah yang bersidang dari 14 Disember hingga 22 Disember 1876 di Matang, Perak. Beliau dijatuhi hukuman gantung sampai mati pada 20 Januari 1877 di Taiping Perak.

    Karya ini telah memberi tekanan kepada Dato Maharaja Lela dan cerita perjuangan di pasir salak. Portrait Dato Maharaja Lela adalah pembayangan saya kerana tiada gambar Dato Maharaja Lela yang jelas. Oleh itu saya membayang Dato Maharaja Lela dengan mukanya yang ganas dengan memakai tengkoloh. Di Samping itu, saya juga memberi tekanan kepada senjatan traditional melayu iatu keris. Saya telah melukis 2 jenis keris iaitu satu keris biasa dan satu keris pekaka.

    Selain itu, saya juga mengunakan teknik montage iaitu melekat gambar-gambar di atas karya saya untuk mencerita peristiwa perjuangan tersebut. Saya telah melekat gamabar J.W.W. Birch, Sultan Yusuf, Sultan Idris, Sungai perak dan perjanjian pangkor. Saya juga bermain warna merah, kuning, putih secara abstrak untuk menunjukkan kesan kemarahan, keberanian, kekuatan, semangat dan tenaga dalam karya ini.

    Sekian terima kasih.


评论

热门博文