impian saya 5 tahun akan datang

     Hiiiii Semua.....Welcome to my blog.

     Hari ini saya akan berkongsi tentang impian saya pada masa 5 tahun yang akan datang. Impian saya pertama pada 5 tahun yang akan datang ialah berjaya menghabiskan pelajaran iaitu sarjana muda pentadbiran perniagaan di ukm pada tahun 2023 dan berjaya tamat pengajian saya dengan mendapat first class honours. Hal ini kerana dapat pengecualian bayaran balik pinjaman sekirannya dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama. Untuk mencapai impian ini saya akan belajar secara bersungguh-sungguh. Saya akan menumpukan perhatian semasa pensyarah sedang mengajar di Microsoft Team. Saya akan memberanikan diri untuk bertanya tentang topik-topik yang saya tidak difahami tanpa sebarang perasaan malu dan takut. 

Impian kedua saya pada masa 5 tahun yang akan datang ialah berjaya menyertai sukan marathon. Sukan Marathon merupakan satu sukan yang saya amat berminat dan juga merupakan satu cabran yang besar untuk saya. Sukan marathon terdiri daripada 42 kilometer. Ia amat susah untuk mencapai. Oleh itu, saya telah menetapkan impian ini dengan berjaya menyertai Program Half Marathon iaitu 21 kilometer pada tahun 2021 dan seterusnya menyertai Program Full Marathon iaitu 42 kilometer pada tahun 2022. Pada tahun yang seterusnya iaitu tahun 2023, saya amat berharap dapat rekod masa larian saya lebih singkat berbanding dengan tahun 2022. Pada tahun 2023, saya amat berharap saya dapat menghabiskan Full Marathon dalam masa 3 jam 30 minutes. Untuk mencapai impian ini, saya telah membuat satu pelan latihan larian yang sesuai untuk saya. 

Impian terakhir saya pada masa 5 tahun yang akan datang ialah berjaya membeli ssebuah kereta dan rumah pada tahun 2025. Ini merupakan impian yang besar dan susuh untuk mencapai. Dengan itu, harga untuk membeli kereta dan rumah akan meningkat dan lebih mahal berbanding tahun sekarang. Untuk mencapai impian ini, saya perlu mempunyai sumber pendapatan yang stabil. Oleh itu, saya perlu berjaya menamat pengajian saya pada tahun 2023 agar mendapat kerja yang saya minat dengan pendapatan yang stabil dan tinggi. Dengan ini, saya akan berusaha secara berterusan dalam perlajaran saya agar mencapai impian saya. Seterusnyanya saya juga perlu belajar membuat bajet bulanan saya dan mencatatkan segala perbelanjaan yang dibuat. Saya juga perlu mengelakkan membuat perbelanjaan yang tidak perlu. Hal ini dapat membantu saya menjimatkan duit agar dapat mencapai impian saya. 

Sekian terima kasih.

                                         


评论

热门博文