tempat pelancongan di kedah-Pulau langkawi

       Hiiiii Semua.....Welcome to my blog.

       Hari ini saya akan berkongsi tentang tempat pelancongan yang terkenal di kedah iaitu Pulau Langkawi. 


           Terdapat 2 cara pergi ke Pulau Langkawi iaitu dari cara menaiki feri dan juga kapal terbang. Pelancong boleh menaiki Feri di Jeti Kuala Perlis ataupun Jeti Kuala Kedah untuk ke Pulau Langkawi. Untuk lebih menjimat masa, pelancong boleh menaiki pesawat penerbangan ke Pulau Langkawi kerana terdapat lapangan terbang di Padang Matsirat di Pulau Langkawi.

          Pulau langkawi terletak di nengeri kedah. Ia merupakan salah satu tempat yang bebas cukai. Ia telah diberi status bebas cukai pada tahun 1987. Pulau ini juga kaya dengan keindahan semula jadi dan lagenda masa silam ini telah menampilkan diri sebagai salah satu daripada destinasi perlancongan yang paling popular di Malaysia. 

               

                Antara tempat yang menarik di Pulau Langkawi adalah Dataran Lang, Kereta Kabel Langkawi, Kilim Geoforest Park, Bird Paradise, Taman Buaya Langkawi, Taman Agroteknologi Mardi, Underwater World Langkawi, Kompleks Kraf Langkawi, Galeria Perdana, Pantai Cenang, Air Terjun Telaga Tujuh, Kota Mahsuri, Tasik Dayang Bunting.




Sekian Terima Kasih




评论

热门博文