Plan Latihan Larian Bulan November untuk 7 Km

    Hiiiii Semua.....Welcome to my blog.

    Hari ini saya akan berkongsi tentang Jadual dan rancangan latihan larian saya pada bulan ini untuk jarak sebanyak 7 km. Bulan lepas iaitu bulan Oktober saya telah berjaya mengikut rancangan latihan saya untuk 5km. Oleh itu, Saya telah merancang satu jadual latihan yang baru untuk berjaya mencapai 7 km.

    Saya telah menambah 1 hari untuk latihan strength training pada setiap minggu di jadual baru saya. Pada minggu pertama saya menetapkan 3 hari rehat .Tetapi pada minggu kedua hingga minggu keempat, hari rehat saya hanya 2 hari dan saya tambah jarak 1 km pada setiap minggu pada hari sabtu.

    Strenght training adalah latihan kekuatan.Ia amat penting untuk meningkatkan kekuatan dan daya tahan, ketangguhan tulang dan otot, meningkatkan kecergasan dan fungsi jantung. Contoh latihan kekuatan adalah push up, pull up, squat, lunge, mengambil berat contonya dumbell.

    Akhirnya, pada hari ini, saya telah berjaya berlari sebanyak 7km dengan masa 45 minit. Saya telah membuat satu perancangan untuk latihan 10km pada bulan yang seterusnya iaitu pada bulan Disember.



评论

热门博文