Plan Latihan Larian Bulan Oktober untuk 5 Km

    Hiiiii Semua.....Welcome to my blog.

    Hari ini saya akan berkongsi tentang Jadual dan rancangan latihan larian saya pada bulan ini untuk jarak 5 km. Sebelum ini saya bukan seorang yang suka dengan bersukan. saya mula berlatih kerana saya tertarik dengan acara larian marathon. Oleh itu, saya telah merancang satu jadual latihan untuk saya.

    Pada minggu pertama saya menetapkan 4 hari rehat dan hanya perlu berlari 2km pada hari isnin dan rabu, 2.5 km pada hari jumaat. Pada minggu kedua dan minggu kedua, hari rehat saya hanya 3 hari dan saya tambah jarak 1 km pada setiap minggu hari sabtu.

    Terdapat banyak cabaran semasa menjalani latihan ini. Hal ini kerana saya perlu sambil melakukan latihan ini dan sambil memberi fukus kepada pelajaran. Selain itu saya menjalankan latihan larian saya pada 7 pagi, sebab ada kelas bermula pada 8pagi. Tetapi kadang- kadang sebab terlalu letih, saya tak dapat bangun. Oleh itu, saya terpaksa menukar menjalani latihan pada petang.

    Akhirnya, pada hari ini, saya telah berjaya berlari sebanyak 5km dengan masa 35 minit. Saya telah membuat satu perancangan untuk latihan 7km pada bulan yang seterusnya iaitu pada bulan November.



评论

热门博文