Pendaftaran Kursus BBA dan citra - My Online UKM Life

 Hiiiii Semua.....Welcome to my blog.

Hari ini saya akan berkongsi tentang pendaftaran kursus BBA dan citra UKM. 

Pengajaran dan pembelajaran (pdp) akan bermula pada 12 Oktober 2020 iaitu selepas pertamatan Minggu Mesra Mahasiswa (MMM) pada 7 Oktober 2020. Sebelum permulaan pdp, kami perlu mendaftarkan kursus iaiu kursus wajip fakulti dan juga kursus citra di UKM SMPweb yang akan buka pada jam 12.00 tengah malam. Walaupun SMPweb dibuka pada jam 12.00 tengah malam, tetapi saya dapat berjaya log in pada 1.20 tengah malam... kerana semua pelajar ukm akan log in SMPweb dan menyebabkan Network crashed....

Pendaftaran kursus hanya boleh dilakukan sepanjang 12 oktober hingga 25 Oktober 2020 iaitu selama 2 minggu. Selepas 25 Oktober 2020, sebarang pertambahan Kursus tidak boleh dijalani. Manakala pengguguran kursus boleh dilakukan sepanjang 12 Oktober hingga 8 November 2020 iaitu sepanjang 4 minggu. Selepas 8 November 2020, Sebarang penguguran kursus tidak boleh dijalani. Pelajar diminta mengesahkan pendaftaran kursus pada 9 November hingga 15 November 2020. Pada 9 November hingga 6 Disember 2020, pelajar hanya boleh membuat tarik diri kursus sahaja.

Kursus citra merupakan subjek tambahan iaitu citra dalam fakulti dan luar fakulti yang wajib ambil sepanjang pengajaran.Setiap permintaan jumlah jam kredit citra dan jumlah keseluruhan jam kredit bagi program pengajaran adalah berbeza antara program pengajaran dan fakulti. Untuk saya, oleh kerana saya merupakan pelajar BBA, saya perlu mendapat sekurang-kurangnya 30 kredit citra dan 131 jam jam kredit keseluruhan program BBA sebelum tamat pengajaran. Sekiranya saya gagal memenuhi jam kredit yang dimintakan, akan bertangguh pengajaran dan konvokesyen.

Keperluan jumlah citra BBA

Keperluan jumlah jam kredit program BBA

Di samping itu, saya ingin berkongsi pengalaman pendaftaran kursus citra saya. Sebenarnya, bukan semua citra akan ditawarkan pada setiap semester, sesetengah kursus citra akan ditawarkan pada semester yang tertentu sahaja, ia adalah bergantung kepada kelulusan Pusat Citra. Persaingan perebutan agar tinggi untuk citra, kerana ada limit untuk jumlah pengambilan pelajar. So, untuk citra yang famous dan citra yang senang untuk score akan dipenuhi pada masa yang sangat pendek.

Sekian Terima Kasih.

评论

热门博文