MINGGU MESRA MAHASISWA UKM SECARA TALIAN (E-MMM) UKM

Hi~Welcome To My Blog

           Alhamdulillah pada 18 Ogos 2020 saya telah rasminya menjadi pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia sesi 2020/2021. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa saya, guru-guru tingkatan 6 dan kawan-kawan saya yang selalu memberi bantuan, sokongan dan nasihat kepada saya sepanjang pengajaran tingkatan 6.


      Sebenarnya, hari pendaftaran kemasukan pelajar baharu ke kampus secara fizikal adalah ditetapkan pada 3 Oktober 2020. Tetapi oleh kerana peningkatan kes covid-19 di Malaysia, menyebabkan semua institusi pendidikan tinggi termasuk Universiti Kebangsaan Malaysia terpaksa membuat penangguhan kemasukan pelajar ke kampus secara fizikal. Dengan itu, Minggu Mesra Mahasiswa (MMM) dan pengajaran dan pembelajaran (pdp) akan berjalan secara dalam talian. Setiap fakulti dan kolej kediaman akan menguruskan aktiviti secara talian.

            Kolej kediaman saya merupakan Kolej Aminuddin Baki (KAB) dan fakulti saya merupakan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP). Kedudukan FEP adalah di depan kolej kediaman saya iaitu KAB. Pada 3 dan 4 Oktober 2020, terdapat live tentang pengenalan KAB dan juga Majlis Tautan Kasih KAB. Dalam live tersebt, PC telah membuat pengenalan tentang kemudahan KAB, contohnya, pejabat pentadbiran, bilik JMK, bilik televisyen, surau Al-Falah, B-mart, Foyer KAB, kafeteria dan lain-lain. Pada 5 dan 6 Oktober, terdapat beberapa live Fakulti Ekonomi dan Pengurusan. 7 Oktober 2020 merupakan hari keakhiran MMM.

Jadual waktu MMM FEP

Majlis Tautan Kasih di Microsoft Team

Atur cara MMM atas talian (7 Oct 2020)

              Akhirnya, saya ingin mengucap ribuan terima kasih kepada PC, seniors, lectures dan juga staf UKM kerana menyediakan pelbagai live, ucapan dan slot yang telah memberi penerangan dan matlumat penting kepada saya.

              Sekian Terima Kasih.

评论

热门博文