Memperkenalkan Tempat Pelancongan di Kedah (Hutan Lipur Lata Bayu)

Hiiiii Semua.....Welcome to my blog.

Hari ini saya akan berkongsi tentang tempat pelancongan di kedah iaitu Hutan Lipur Lata bayu. 

            Hutan Lipur Lata Bayu terletak di dalam kawasan Hutan Simpan Kekal Rimba Teloi, Baling, Kedah. Terdapat hanya 32 km dari Pekan Baling ke Hutan Lipur Lata Bayu. Hutan Lipur Lata Bayu merupakan destinasi pelancongan dan rekreasi alam semula jadi di negeri kedah dengan disediakan dengan pelbagai kemudahan.

             Terdapat banyak ciri-ciri fizikal dan perspektif yang cantik di Hutan Lipur Lata Bayu. Sebangai contohnya, terdapat air terjun yang berbentuk bertingkat dengan ketinggian 20 meter, kolam semula jadi yang luas terbentuk di permukaan bawah air terjun, pelbagai jenis flora dan fauna.


          Terdapat juga pelbagai kemudahan yang disediakan di Hutan Lipur Lata Bayu. Contohnya, pondok rehat yang berhampiran dengan air terjun dan kolam, bilik persalinan, tandas, surau dan tapak letak kereta di Hutan Lipur Lata Bayu. Selain itu, terdapat juga menara pandang dengan ketinggian 10 meter di tepi air terjun untuk meninjau pemandangan yang indah di kawasan Hutan Lipur Lata Bayu. Di samping itu, terdapat juga kemudahan lain yang disediakan termasuk kedai-kedai yang menjual cendera hati, makanan ringan, minuman, pelampung dan lain-lain.



                  Aktiviti yang dapat dijalankan di Hutan Lipur Lata bayu adalah melakukan aksi meluncur air kerana permukaan batunya yang licin, berkelah, berkhemah dan bermandi-manda di air kolam memandangkan air kolam tidak dalam dan setakat di paras dada seorang dewasa. Oleh itu, ia sesuai untuk orang ramai bermandi-manda di situ. Di samping itu, juaga sesuai menjalankan trekking di Hutan Lipur Lata Bayu kerana terdapat pembinaan tangga menaiki bukit dan trek laluan hutan yang sesuai untuk melakukan aktiviti trekking.



Sekian Terima Kasih.



评论

热门博文