Festival cina(Nine Emperor Gods Festival)

Hiiiii Semua.....Welcome to my blog.

Hari ini saya akan memperkenalkan festival cina iaitu "Nine Emperor Gods Festival".

           "Nine Emperor Gods Festival' diadakan setiap tahun pada bulan kesembilan mengikut kalender Cina, dan akan disambut sepanjang sembilan hari. Festival ini adalah popular di Malaysia, Thailand dan Singapura. Karnival akan berlangsung di kuil "Nine Emperor Gods" . Penganut akan makan makanan vegetarian dan berdoa sepanjang 9 hari. Terdapat juga penyembah tinggal di kuil tersebut. Festival ini disambut secara popular di pelbagai negeri, seperti Kedah di Sungai Petani, Selangor di Ampang dan Sekinchan, Pahang di Kuantan, Kelantan di Kota Bharu, Pulau Pinang di Butterworth dan Perak di Ipoh.

            Pada malam hari pertama, upacara khas akan diadakan untuk mengundang "Nine Emperor Gods" untuk datang ke kuil dari laut atau dari sungai, dan mengadakan persembahan Opera Cina setiap malam. Penganut akan mendoakan mendapatkan kesihatan yang baik dan kesejahteraan dengan membuat pelbagai persembahan kepada "Nine Emperor Gods". Sepanjang Festival ini berlangsung, pihak kuil akan menyediakan makanan Vegetarian untuk para penganut.

          Pada tahun ini, "Nine Emperor Gods Festival"  akan mengadakam sepanjang Malaysia untuk vegetarian, yang akan berlangsung selama sembilan hari bermula pada 17 Oktober hingga 25 Oktober tahun 2020. penganut akan makan makanan vegetarian dan mematuhi tata kelakuan yang keta sepanjang festival ini. Penganut akan memakai pakaian berwarna putih semasa dalam kuil. Di samping itu, Penganut akan menjalan di atas "jalan api" yang yang dipenuhi dengan arang batu yang panas. Mereka yang telah mempersiapkan diri secara mental dan rohani dapat berjalan di atas bara panas tanpa alas kaki dan lecur.


Sekian Terima Kasih.

评论

热门博文